Friday, May 28, 2010
DUA BELAS AURAT WANITA
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng -
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng……
3. Wangian -
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada -
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi -
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher -
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan -
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan -
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata -
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) -
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan -
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian -
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
Monday, May 24, 2010
untuk renungan bersama
QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah me...ngetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " – Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." – Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
- Surah Ali-Imran ayat 200
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" – Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…"– Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. " – Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB "… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." – Surah Yusuf ayat 12
Thursday, April 15, 2010
DIDIK ANAK SEBELUM & SELEPAS TIDUR
DIDIK ANAK SEBELUM TIDUR
1. Bersihkan diri sebelum tidur.
i. Gosok gigi dan mengambil wuduk.
ii. Ingatkan anak supaya membaca doa dan ayat-ayat Al-Qur'an sebelum tidur.
iii. Baca doa sebelum tidur.
( بِْاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَحْيَاوَاَمُوتُ )
iv. Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas.
( Sapu ke seluruh tubuh hingga ke bawah ).
2. Cium ubun-ubunnya sebelum tidur dan hembuskan doa-doa terbaik untuk kebaikan si anak.
Diantara doa-doanya ialah :
Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".
Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; dia memberi rezki kepada yang di kehendaki-Nya dan dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
"Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh."
KAEDAH MENGEJUT ANAK BANGUN DARI TIDUR
Ibu-Ibu, bapa-bapa serta saudara-saudari seislamku..
Ingatlah,
Setiap Insan pasti mahu memulakan harinya dengan ceria dan bersemangat. Jika bangun pagi sudah dimulai dengan perkara kurang baik, ditakuti ia akan merosakkan mood sepanjang hari.
Sebelum tidur, pasti kebanyakan individu menyimpan cita-cita untuk masa depan, mengenangkan peristiwa lalu serta memikirkan perkara yang akan dilakukan pada keesokkan harinya.
Ingatlah wahai saudara-saudariku...
Cuba kita ingat dan kenang kembali bagaimana ibu mengejutkan kita bangun pagi setiap hari untuk ke sekolah serta hari-hari cuti. Namun apabila besar dan mula ke sekolah menengah kita sudah pandai mengunci jam sendiri untuk bangun pagi ke sekolah dan sebagainya.
Sedang kita lena enak dibuai mimpi, tiba-tiba kita dikejutkan dengan kasar atau perkataan yang menyakitkan telinga yang mendengar serta menyakitkan hati, sudah pasti hati berasa sangat marah. Apabila sudah dewasa dan berkeluarga, bagaimana pula kita mengejutkan anak-anak bangun dari tidur..?
Kadang-kala ibu berasa letih dan marah apabila anak yang dikejut berkali-kali tidak juga bangun dari tidurnya. Sudah digerakkan supaya bangun, tetapi masih juga mengalihkan tubuhnya ke posisi lain untuk menyambung tidurnya. Apabila dikejutkan sekali lagi, ia mendengus kerana marah diganggu.
Ibu dan bapa yang dirahmati Allah sekalian...,
Kejutlah anak kita dengan penuh kasih-sayang, bukan menjerit dan menggegarkan tubuh si anak dengan kasar.Ini akan membuatkan si anak bertambah malas untuk bangun daripada tidur akibat sikap ibu yang suka menjerit atau menggunakan kekerasan semasa mengejut si anak.
Biasanya kita menyuruh si anak segera bangun daripada tidur, sedangkan ada masanya anak mahu bermalas-malasan seketika sebelum bangun daripada tidur.
Sesungguhnya,kata-kata yang baik akan membuat si anak berasa bersemangat untuk bangun daripada tidur.
Jika si anak jenis yang liat bangun tidur, maka usahakanlah membelainya dengan kata-kata lembut dan mengusapnya. Dia akan merasa bahagia dan tahu dirinya disayangi .
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Ingat..!
jangan lupa baca doa bangun daripada tidur.
Jika tidak berjaya mengejutkan anak dengan belaian dan kata-kata lembut, cubalah gerakkan tangan dan kakinya seolah-olah sedang bersenam. Anak yang masih mengantuk juga akan cepat tersedar apabila ibu atau bapa mengejutkannya dengan cara membuat kelakar atau bergurau. Ketika masih mengantuk,dia mungkin akan ketawa apabila mendengar gurauan ibu bapanya , dan akan memulakan paginya dengan perasaan ceria dan bahagia.
Sebaliknya ,cara kekerasan seperti meleteri,merentap kain selimut dan menarik telinga si anak untuk mengejutkannya daripada tidur, hanya akan menyebabkan si anak merasa malas dan tertekan bangun daripada tidur.
Tidak kira samada anak tidur pada waktu pagi, tengahari atau malam, seharusnya ibu dan bapa menggunakan pendekatan baik untuk mengejutkan anak. Perkataan kasar atau kesat akan menyebabkan anak merasa jauh hatinya.
Jika cara kekerasan di gunakan dalam mengejutkan anak daripada tidur, bimbang ia akan merosakkan personaliti si anak. Emosi anak juga akan terganggu dan tidak menentu serta merasakan suatu seksaan untuk bangun daripada tidur setiap hari.
Tidak dinafikan, ada si anak yang mempunyai tabiat bangun pagi dengan merengek atau sering saja buat hal, Namun seharusnya kasih sayang dimanfaatkan bagi memujuk si kecil bangun daripada tidur.
SEMOGA GENERASI-GENERASI SEISLAMKU ADALAH GENERASI YANG CEMERLANG DI DUNIA & AKHIRAT.
AMIN.....
Tuesday, February 16, 2010
Cium anak pun boleh dapat pahala....
Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis
takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.
Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium"
Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.."
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"
Jawab baginda;"Berbaktilah kepada ibu bapamu"
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi"
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu"
Thursday, February 11, 2010
my house in pelangi semenyih...
rumah yg kami beli di semenyih, akhirnya kami duduki sekarang.
hehe..orang sibuklah nak smbut new year..kami plak sibuk nak pindh umah..
kami sekeluarga org ke 2 yg terawal pindah di jalan itu...
alhmdulilah..dpt bantuan dari mak n mak mertuaku, serta abangku , adik2 ku serta adik iparku..pali..
sentiasa ada setiap kali kami berpindah rumah..
perpindahan yg keenam kalinya setelah 5 tahun kawin..
banyak betul pindah ....maklumlah menyewa..
28.12.2009..aku dpt amik kunci rumah daripada pemaju...semuanya agak tergesa-gesa.
aku terpksa bayor RM9oo lebih sebab lewat bayo fees yg diminta masa construction dulu...
semua disebbkan oleh pemaju n bank..tapi kami yg kena bayo..bukan salah kami sebenarnya..
sakit jugak hati ni..
tapi..sebb nk masuk umh cepat kan..so aku bayo la dulu..
kami cuci rumah ptg tu juga dengan bantuan pali..
org kuat kami...
setiap kali pindah..mesti pali akan tolong..
org yg pling rajin sekali membantu kami...
mlm tu mak aku n adik2 aku turun kl sbb nk membantu aku juga..
sangat terharu..
mak, nana n dayah...sebb nak menolong aku mengangkut barang2 ku ke rumah baru..
mujurla diorang ada...kurang sikit penat kami..
29.12.2009..dengan bantuan azrai, kawan hubby aku..
electrical things siap dipasang jam 930 mlm..
kami tidur di sana mlm tu..sebb mudahkan urusan perpindahan esok harinya..
mak mertua aku pun turut sama dtg mlm tu, dengan diikuti 2 org sepupu hubby ku..
sharani n nanai...
30.12.2009..aku pindh umh jam 9 pagi n kami menyewa lorry ..
lorry yg kononnya 5 tan pun tiba, kami telah ditipu sebenarnya tanpa kami sedar.
pada mulanya bayaran sepatutnya hanyalah RM280 sahaja..tetapi
pd hari tersebut, lorry yg sepattnya dijanjikan - 3tan, xdpt dibwa kononnya lorry tersebut rosak...
so, digantikan ngn lorry 5tan..
tanpa sebarang perjanjian, mereka memasukkn kesemua brg2 aku ke dlm lorry n setelah hampir penuh ..mereka pun membawa brg2 ke umh baru kami..
setelah semua brg2 dipunggah, barulah si pemndu lorry ni menghulurkan resit yg perlu kami bayar..RM480..
bayangkan..sakitnya hati aku..dh la xbgtau awal2..pastu tipu org plk...
kata pemandu itu, kami telah gunakan keseluruhan lorry itu,
so kami kena bayar untuk harga 5 tan ..
senang betul mereka berurusniaga..
pada mulanya, xdpt nk adakan lorry 3 tan..
at last kami plk yg kena bayar ..nasibla time bayo tu aku xde..
hubby je yg ada..sebb aku msih di rumah lama aku untuk settlekan urusan remeh temeh..
sabor je la...geram n sakit hati sesangat..
tapi, nk buat mcm ne kan..
adat org berpindah..
memang la banyak duit yg kuar..emmmphh
salah kami gak..sebb xsurvey dulu harga...
ni mungkin kali terakhir aku berpindah..
insyaALLAH...
6 kali pindah ..bayangkan....
lepas je kawin, aku duk kat Bndar Pinggiran Subang..sewa rumah flat je..
sebb nak dekat ngn tempat aku study n near to my husband office..
6 bulan je stay area situ..sebb aku xselesa duk sana..riuh rendah, n kawasan agak serabut..
pas tu pindh plk ke Padang Jawa, Shah Alam, lagipun aku dh sarat mengandung..
n xlarat nk drive jauh2...tu pun duk jap gak..4 bulan je...hehe
pas bersalin, aku dh abis study..so no point la nk stay shah alam sebb hubby aku pun kerja area gombak..
so, untuk kali ke 3 kami pun berpindh ke Prima Damansara, sebb dekat ngn maknyah-makcik hubby aku..sekurang2nya ada gak org yg leh kami percaya untuk mengasuh adam...
setelah setahun, hubby aku nk explore tempat baru, kami berpindah plak ke Taman Langat Jaya, Bangi...
hehe, jauh dari semua plak..kali ni kami duduk selesa sikit..duk umh teres setingkat.
adam pun dh besor, xde tempat nak main, sebelum ni duk apartment.
susah sikit dier nak main bicycle..hehe
kat situ pun bertahan setahun gak...sebb, owner umah tu, nk jual umh tu..
so kami pindah lak lorong yg lain, dlm taman tu gak..
sebb dh selesa ngn pengasuh yg jg adam- mak mok n adam dh ada gf - alia....
and..finally, setahun lebih berlalu, umh kami di semenyih pun siap sepenuhnya..
n kami pun pindah la...
adam with auni bertoncit
anak-anak ku..yang semakin membesar..
adam ariff and auni syauqina..
adam dh mula pndai menyayangi adiknya..
auni kesedihan..
mintak didukung..
sayang betul abg kat adik..
masa ni aku excited sangat nak snap picture ni sebb pengasuh auni boleh berjaya toncitkan rmbut auni..
tapi skg..xlagi la..
dh tukar pengasuh...
aku pun xreti nk toncitkan rmbut auni...
pntng nmpk ayah..mesti nk dukung ...
Tuesday, January 26, 2010
auni dulu and auni sekarang
Friday, January 8, 2010
selamat tahun baru 2010..
Ya Allah..lama nyee aku xberkesempatan nak menyelam di dalam blog aku nih..
busy apa sangat pun..
tapi..sejak aku join new opis ni, aku dh xder time nak berblog..
bukan salah opis la..salah aku sebb fail dlm time management...
huhu...
dh lama aku xdpt nk syer diary harian ku di dalam blog ni..cerita2 terkini anak2 ku yg comel2 itu...
telatah kedua2 nye yg mebuatkan aku terhibur selalu..
nikmatnye menjadi seorang ibu...
tapi tu la....semua dh xdpt nk kongsi..sebb ...aku terbz...hehe
so sad..dh la diary di dlm buku pun xtertulis.
anyway...to all....i will come out with my new post..
i will share with all of u out there...