Friday, September 25, 2009

eid mubarak

sempena lebaran ini, kami sekeluarga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri...
maaf zahir dan batin andai nya ada
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja

TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi yg kena mengena

and di lebaran mulia ini, marilah kita bersama-sama berseloka..

Raya pertama dengan keluarga
Ayah bonda maaf dipinta
Adik-adik senyum selamba
Sarung ada duit tak ada

Raya kedua dengan saudara
Mak Long Mak Ngah Fatimah Uda
Yang tua bersembang kisah lama
Yang muda mengadap TV aje

Raya ketiga ke rumah kawan
Bekas murid satu tingkatan
Terhibur hati tak dapat bayangkan
Riuh macam pasar ikan

Seminggu berhari raya
Kunjung mengunjung rumah terbuka
Jalinkan kasih sesama kita
Lupakan saja sengketa lama

Raya keempat yang istimewa
Ke rumah intan pujaan teruna
Tiba di halaman hatiku hampa
Kasut capal penuh di tangga

Raya kelima diajak teman
Jalan-jalan sampai ke pekan
Tengok wayang filem hindustan
Ayoyo duit habis belanja teman

Raya keenam rumah tok ketua
Harapan nak duit raya
Dihulur pula tabung derma
Balai yang baru nak dibina
Di mana!

Raya ketujuh berihat saja
Esok puasa enam pula
Habis puasa sambung beraya
Selagi syawal masih ada

Untuk Teman-teman semua, izinkan kami sekuarga mengucapkan
selamat Hari Raya AidilFitri.
mohon maaf zahir batin atas semua kesalahan,
'Allohumma 'ij`alna minal `a'idin waj`alna minal fa'izin',
ertinya: 'Ya Allah, setelah berpuasa ini, jadikanlah kami termasuk orang yang bisa kembali (ke fitrah kami) dan sukses


Selamat Hari Lebaran 1430H,
semoga rakan-rakan semua mendapat keberkatan olehnya.
Bersama tingkatkan keimanan dan berusaha mendekatkan diri dengannya..
AMIN