Friday, December 19, 2008

Paku dinding di hatimu..........

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

"ALLAH did not promise that life would be easy, but ALLAH did promise to go with You.. every step of your life, with HIM by your side."

Usia Pernikahan Mempengaruhi Kemesraan.......

Sebelum Tido:
6 minggu: selamat titun sayang, mimpi indah ya, mmmuach.
6 bulan: tolong matikan lampu tu, silau ah.
6 tahun : Sana sikit lah... tido kalau tak mengepit tak bole eh???!

Guna Toilet:
6 minggu: tak apa, u dulu aje lah, i tak buru2 .
6 bulan: masih lama tak nih?
6 tahun: brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah
gunung ledang sana!!

Balas SMS:
6 minggu: iye sayang, jap lagi i sampai ruma, i beli murtabak kesukaan u..
6 bulan: trafik jam ah
6 tahun: k..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun : Iyalah!! kalau i tak cintakan u, buat apa i nikah ngan u??

Pulang Keje:
6 minggu: Honey, i dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu : Sayang, i harap u menyukai cincin yang i beli
6 bulan : I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun : Nih duit, u beli sendiri lah apa yg u nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin bbual ngan u di telefon nih
6 bulan : Eh...your call...
6 tahun : WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH....ANGKAT AH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka i, rasa makanan ini begitu lazaattt...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH? LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi eh
6 bulan: Hati-hati! Nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, u seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah.. beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg u
nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler ....senang sikit tak perlu naik
flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH EH? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, apa yg kita nak tonton malam ini ?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR2 BOLE?