Rejab secara bahasa bermaksud mengagungkan atau memuliakan. Bulan Rejab merupakan bulan yang ke tujuh dalam kalendar hijrah. Ia dinamakan Rejab kerana orang-orang Arab pada zaman jahiliah memuliakan bulan ini lantas mengharamkan apa jua bentuk peperangan pada bulan ini. Di antara kabilah Arab yang ekstrem dalam mengagungkan bulan Rejab ini adalah bani Mudhar.
Di dalam kalendar umat Islam terdapat dua belas bulan yang mana Allah S.W.T. telah memuliakan empat bulan darinya. Firman-Nya:
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya) ; dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. – al-Tawbah (9) : 36
Imam al-Qurthubi berpendapat tafsiran “maka janganlah kamu menganiaya diri kamu” di dalam ayat di atas bermaksud jangan seseorang itu menjadikan apa yang diharamkan pada bulan ini halal dan janganlah mengharamkan apa yang halal.
Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun maka sabda Nabi s.a.w. ini memperincikan lagi tentang nama bulan-bulan tersebut:
Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya’ban. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662
'Bulan Rejab' adalah 'bulan ketujuh' dalam kiraan taqwim Hijriyyah.
Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan
dinamakan sebagai bulan Allah.
Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam bersabda bermaksud:
"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan
bulan Ramadhan bulan umatku."
Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana
pada bulan ini berlaku
peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.
Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah
puasa dan bersedekah.
Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam
menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab.
Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani
daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud :
"Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab
maka ia seperti berpuasa setahun, dan
barangsiapa berpuasa tujuh hari,
ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka),
dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari,
dibukakan baginya lapan pintu syurga,
dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari,
tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya,
dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari,
menyeru orang yang menyeru dari langit :
" Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu
maka mulakanlah amal",
dan barangsiapa menambah (hari puasa),
Allah menambahnya (kelebihan). ")
Dalam hadis yang lain telah dikeluarkan oleh al-Khallal,
daripada Abu Sa`id (secara marfu') bermaksud:
("Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan haram,
hari-hari di dalamnya ada tertulis di pintu-pintu langit yang keenam,
maka apabila seseorang berpuasa sehari daripadanya (bulan Rejab)
dan menyempurnakan puasanya dengan penuh ketaqwaan kepada Allah,
bercakaplah pintu dan hari tersebut seraya berkata:
"Tuhan ampunkan baginya (dosanya)" dan
jika dia tidak menyempurnakan puasanya dengan ketaqwaan kepada Allah,
maka pintu dan hari itu tidak akan memohonkan ampun baginya,
dan dikatakan padanya: "Kau telah ditipu oleh dirimu.")
Niat puasa bulan Rejab :
"Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala".
Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita
akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.
Mental Super Powers | Mindfulness and Equanimity
-
How to maximize your mental performance. Do better!
The post Mental Super Powers | Mindfulness and Equanimity appeared first on Learn
to Speak English Po...
4 months ago