Doa malaikat jibril a.s. yang diaminkan oleh Rasullullah s.a.w. sebanyak 3 kali spt yang disebutkan dibawah adalah hadis palsu.
Dari Abu Hurairah ra. berkata :-
"Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah naik ke mimbar dan berkata : Amin, Amin, Amin. Seorang bertanya kepada Baginda : Ya Rasulullah, Apa yang engkau lakukan ini? Baginda menjawab : Telah berkata Jibril kepadaku : Hambanya yang sombong, sempat bersama ibu-bapanya atau salah seorang darinya, tidak akan masuk syurga (kerana kesombongan terhadap mereka), Aku berkata : Amin, kemudian berkata malaikat: hambanya yang sombong apabila masuk Ramadhan tidak akan diampun dosanya (oleh Allah), Maka Aku berkata : Amin. Kemudian malaikat berkata : Seseorang yang sombong dimana nama engkau (Nabi s.a.w.) disebut kepadanya akan tetapi dia tidak berselawat kepada engkau, maka aku berkata : Amin." [Hadith Riwayat al-Bukhari didalam Adabul Mufrad. Syiekh al-Albani menilai hadith ini sebagai Hasan Sahih (Sahih Adabul Mufrad LiImam Bukhari, #503/646)].
Hadith ini memberi amaran dan pengajaran agar :-
- Berbuat baik kepada kedua ibu-bapa semasa mereka masih hidup, tidak mengabaikan hak dan tanggungjawab terhadap mereka.
- Lakukan amalan-amalan yang baik dan mohon ampun banyak2 kpd Allah agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita di dalam bulan Ramadhan dengan melakukan ibadat dengan ikhlas, jangan sombong. Termasuklah tidak sia-siakan bulan ramadhan semasa hayatnya.
- Seseorang yang apabila mendengar nama Nabi di sebut kepadanya, langsung tidak berselawat kepada baginda; maka inilah dikatakan orang yang berhidung tinggi/sombong.
Wassalam
No comments:
Post a Comment