Sunday, August 30, 2009
berbuka di umah ummi ha, puchong
arini sepatutnyer maknyah n pali nak berbuka di umah aku..
tapi suddenly diorang change mind plak..ajak reramai bebuka di umah nuha..
so kami ke puchong la petang tu..aku plak xprepare apa2...so beli je la kat bazaar ramadhan..
lagipun, aku seram sikit nak bagi org makan air tangan aku ni..aku masak xsesedap mana pun...
maklumlah...tkut xkena ngn selera org..tmbah2 la bulan pose ni...
semua family hubby aku ader kat sana...untungnyer dorang walaupun mak jauh di perak, tpi adik beradik still kt KL...boleh jumpe selalu..
tapi yg sedihnyer..aku la...
adik beradik aku kat jb,kat perak,kat melaka...semua jauh2..
jarang2 dpt jumpe...cume yg slalu dtg..adik aku yg bungsu...
itupun bru je ni..sbb dia continued study kat kolej komuniti....
ini..hubby maksu..paksu with aliff ...
aliff ni pakcik adam...
mgrib tu penuh la umah nuha ngn sedara mara mereka...
maknyah ngn shah, maksu n family, abg haq n family, aku n family n bring along adik bungsu aku,pali n juga family nuha as well....
kami berbuka pose ngn mcm2 juadah..
yang ni plak..maknyah with auni...
auni asik tengok kat kek jer..
after buka, gamatla umah tu..ngan anak2 aku...jumpe sepupu sepapat dier..
terjerit2 n berlari2 ke hulu hilir..tapi maklumlah..anak2 kecil kan...
xtau nak makan saman..hehhe..
mereka bergurau senda adik beradik...bahagianyer...
aku, join jugak..aku xpernah nak beza kan kuarga aku atau pun kuarga mentua..
semua tetap kuarga...aku still bersembang n bergelak ketawa...
tetapi jauh di sudut hati aku, terfikir...kebisingan itu mampu plak diterima...
tetapi bila di sebelah ku, sukar diterima..
nada yg bising, peningkan kepala...xbiasa..jarang sekali nak senda bersama..
akan membawa diri...lepak tempat lain..baca buku or main game...
emmhh..xpe la..aku pasrah..tuhan maha adil..
aku kena patuh....
tapi, aku gembira..asalkan yg lain turut gembira...
mlm tu..turut sama menyambut hari lahir haziq..anak pak long adam yg sulung..genap 3 tahun..
so..ade la adegan memotong kek
ini la dier besday boy nyer...
haziq amirul haq...
ada jugak acara tambahan...
sebelum menyuap...
setelah..
hehe..bahagia nyer mereka...
ni plak..turn anak2..
apakan daya....adam xsporting la...
kami pulang ke rumah jam 10...
so xdelah terawikh malam tu..
adam pun tertido dlm kete sebab kepenatan...
adik aku sempat merakam pada hari itu...
Saturday, August 29, 2009
finally, i got it....alhamdulillah...
alhamdulillah..
setelah 2 minggu lebih aku menunggunyer..
at last, i received it semalam...
kul 11.15tgh hari..hari sabtu..
sebelum tu, aku dh la tengah angin je..xtau la..sepatutnye bulan ramadhan ni kena banyak sabo..
aku plak makin naik angin...
mungkin sebb pagi tadi mase aku mandikan auni, nyaris2 terlepas..maklumlah...
aku ni lembik skit..sejak auni dh makin beso ni..aku xdaya nak mandikan dier..
dia xtau duk diam...suka tul time mandi...
lagi plak aku puasa...dh la tu menyusukan auni..memang xder energy la...
kul 11pg..aku tengah menyusukan auni..
so xsempt nk pickup phone...hubby aku plak rajin..dia yg menjawabnyer..
entah apa yg dia sembang dlm phone tu pun, aku xtau...
lepas tu dier kuar ....mungkin ada surat untuk ibu ni...
itu je yg sempat die info aku...
selang beberapa minit, aku nampak ada kete waja..mcm kete anak pengasuh anak aku,
eh..hubby aku yg kuar dr kete tu..
aikk..xder keje ker...
hehe..muka hubby aku dh tersengih2...suka betul dier..and aku la pling xcited sekali sebb dh lama tunggu kan....
hubby aku pegang sampul surat beso warna kuning...
yes..dh tau ni mesti surat tu...
alhamdulillah..aku dh go through the contents, it's ok n aku akan menerimanya...
Ya Allah...aku bersyukur...
Selasa ni surat akan ku berikan kepada BOS aku....
inilah permulaan kepada impian ku selama ini..
semoga apa yg aku hajati..akan tercapai...
abang..thank u for your moral support..
syukur, alhamdulillah..
doakan aku berjaya mencapai cita-citaku...
Friday, August 21, 2009
Salam Ramadhan
Doa malaikat jibril a.s. yang diaminkan oleh Rasullullah s.a.w. sebanyak 3 kali spt yang disebutkan dibawah adalah hadis palsu.
Dari Abu Hurairah ra. berkata :-
"Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah naik ke mimbar dan berkata : Amin, Amin, Amin. Seorang bertanya kepada Baginda : Ya Rasulullah, Apa yang engkau lakukan ini? Baginda menjawab : Telah berkata Jibril kepadaku : Hambanya yang sombong, sempat bersama ibu-bapanya atau salah seorang darinya, tidak akan masuk syurga (kerana kesombongan terhadap mereka), Aku berkata : Amin, kemudian berkata malaikat: hambanya yang sombong apabila masuk Ramadhan tidak akan diampun dosanya (oleh Allah), Maka Aku berkata : Amin. Kemudian malaikat berkata : Seseorang yang sombong dimana nama engkau (Nabi s.a.w.) disebut kepadanya akan tetapi dia tidak berselawat kepada engkau, maka aku berkata : Amin." [Hadith Riwayat al-Bukhari didalam Adabul Mufrad. Syiekh al-Albani menilai hadith ini sebagai Hasan Sahih (Sahih Adabul Mufrad LiImam Bukhari, #503/646)].
Hadith ini memberi amaran dan pengajaran agar :-
- Berbuat baik kepada kedua ibu-bapa semasa mereka masih hidup, tidak mengabaikan hak dan tanggungjawab terhadap mereka.
- Lakukan amalan-amalan yang baik dan mohon ampun banyak2 kpd Allah agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita di dalam bulan Ramadhan dengan melakukan ibadat dengan ikhlas, jangan sombong. Termasuklah tidak sia-siakan bulan ramadhan semasa hayatnya.
- Seseorang yang apabila mendengar nama Nabi di sebut kepadanya, langsung tidak berselawat kepada baginda; maka inilah dikatakan orang yang berhidung tinggi/sombong.
Wassalam
Kelebihan Solat Tarawih
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ' Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Adab-Adab Berpuasa |
A. Makan Sahur |
Monday, August 17, 2009
Kiddyplace Baby Fair Stock Clearance
21 to 31 August 2009
Kiddyplace Baby Fair Stock Clearance
Up to 50% Off
Kiddyplace Stock Clearance up to 50% Off
Kiddyplace Baby Fair happens only twice a year!
Don’t miss it!
Products and Brands Offered
Kiddyplace – Romper, Sleepwear, Pants, Baby Tights & Socks, Handkerchief etc.
Kiddyplace Romper Clearance – RM9.90 each or Buy 2 Free 1! All Imported brands like Carters
Carters 5 pcs romper set for only RM35
World of Carton – Baby Clothes (50% off & clearance)
Fun Active – Toddler & Children Pyjamas
Avent – Bottles, Teats, Pacifier, Breast pump etc.
Steady Cup (Clearance)
Simple Dimple – Playgym (25% off), Diaper Bag, Soft Toys
Bumble Bee – Bedding
Bedding sets (50% off)
Buds Baby & Buds for Mom – Buy 2 Free 1
and many more!
Special Highlights
Avent Feeding Bottle 125ml (normal: RM27.90, promotion: RM18.90)
Avent 3M+ Variable teats (normal: RM22.90, promotion: RM17.90)
Avent Steam Steriliser (RM 359.90 FREE 125ml Bottle & 3M Variable Teats)
ISIS Out & About Breastpump (normal: RM 389.90, promotion: RM279.90)
ISIS IQ UNO electric breastpump (normal: RM695, promotion: RM499.90)
Time : 10.15am – 9.45pm
Location (Tel : 603 9133 1201)
Ground Floor (Near Baleno)
Cheras Leisure Mall, Jalan Manis 6, Taman Segar
56100 Cheras Kuala Lumpur,Malaysia
Friday, August 14, 2009
ultra"ADAM" and auni
ayah main ngn anak2..
ini lah untungnyer dapat hubby yg rajin jg anak..
bile ibu sibuk, ayah menolong lah...
bukan setakat ayah je tolong jg anak..
siap panggil ultaman tu...
mujurlah auni tak takut ngn ultaman tu..
hehe...rupa-rupanye....ultra adam lah...
ni yg paling sakit hati bile tengok...
nasib ibu xder kat lokasi kejadian...
ada ke patut...abg duduk atas adik...
geram ibu tgk gmbo ni...
tapi..auni ni cool je la...apa yg abang buat..sengih jer..
ye la..kecik lagi kan...
nak marah pun xboleh...
xper..nnti auni beso..auni buli plak abg tu..
ngn ayah2 skali. ..
ye dik...sian anak ibu....
Thursday, August 13, 2009
adam dah mula mengaji..
aku n adam baru je sembuh, auni plak yg sakit...
auni dapat Bronchitis...sian dia...
Ya Allah, anak aku masih kecil dh dapat sakit tu..
kalo xdijaga ngan betul, potensi dia mendapat ASTHMA adalah tinggi...
xper..aku kena bnyak2 usaha and tawakkal pada ALLAH..
adam sekarang dh pandai pegang pen...
asik sibuk nak melukis...
entah apa yg dilukisnyer...
ntahla....
tapi...janji dia xkidal...
kalo ikutkan arwah ayah kamal n bapak aku kedua-duanyer kidal..
nasib baik cucu xikut...
kalo dia menulis ada gaya....
ni..bila dia rajin..
sekarang ni..setiap petang..adam dh kena g ngaji..
die ngaji umah ustazah kat depan umah pengasuh yg menjaganyer..
tapi..adam xpandai sebut Ustazah..
dia panggil..utazah....
haa..setiap mlm..lepas magrib..
die mesti nk revise balik apa yg dia dh baca ptg td pada ayahnyer..
alhamdulillah..
adam dh rajin mengaji...
tapi..sibuk je nak lompat muka lain..
xper..pelan2 ye nak....