Wednesday, June 24, 2009

tolongggggggggg.....adam xde selera nak makan


sesapa boleh tolong aku..
aku bebetul risau sekarang ni..
anak aku yg sulung ni makin susah nak disuruh makan..
kalo dulu memang aku xberapa nak risau sebab dia kuat minum susu...
tapi skg ni..nak abiskan susu sebotol pun payah..
dh la dulu minum botol gemuk...
ni dia nak botol kurus plak..
suh makan..alasan nye dh kenyang la..lauk tu pedaslah..mcm2 lah..

aku ader belikan vitamin c appeton tu tapi sehari je die nak makan...
skrg dh xmo...
tension la..
aku takut sgt nnti dier sakit..badan dh la rasa makin kurus...
apa aku nak buat ni...

kaki auni.....dicucuk



masa auni dicucuk mingg lepas...gebu kan peha dier..
tapi auni cume 5.7kg je skg..
xbanyak naiknyer...



alhamdulillah ..kami sekeluarga dh sembuh dari demam ..
many2 thanks to maksu, maknyah n pali sebab susah payah tolong
masakkan sup ketam untuk aku..
kalo mereka xder..sure punye aku dh terlantar kena masuk wad sebb doc kate suspek denggi...
syukur pada ALLAH sebb anak2 aku xdijngkiti demam denggi..
adam cume demam n selsema biasa, n auni selsema...
and sekarang ni ayah mereka...husband aku plak yg batuk n selsema...

Tuesday, June 23, 2009

bulan rejab....

Rejab secara bahasa bermaksud mengagungkan atau memuliakan. Bulan Rejab merupakan bulan yang ke tujuh dalam kalendar hijrah. Ia dinamakan Rejab kerana orang-orang Arab pada zaman jahiliah memuliakan bulan ini lantas mengharamkan apa jua bentuk peperangan pada bulan ini. Di antara kabilah Arab yang ekstrem dalam mengagungkan bulan Rejab ini adalah bani Mudhar.

Di dalam kalendar umat Islam terdapat dua belas bulan yang mana Allah S.W.T. telah memuliakan empat bulan darinya. Firman-Nya:

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya) ; dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. – al-Tawbah (9) : 36

Imam al-Qurthubi berpendapat tafsiran “maka janganlah kamu menganiaya diri kamu” di dalam ayat di atas bermaksud jangan seseorang itu menjadikan apa yang diharamkan pada bulan ini halal dan janganlah mengharamkan apa yang halal.

Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun maka sabda Nabi s.a.w. ini memperincikan lagi tentang nama bulan-bulan tersebut:

Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya’ban. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662

'Bulan Rejab' adalah 'bulan ketujuh' dalam kiraan taqwim Hijriyyah.
Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan
dinamakan sebagai bulan Allah.
Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam bersabda bermaksud:
"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan
bulan Ramadhan bulan umatku."
Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana
pada bulan ini berlaku
peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.
Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah
puasa dan bersedekah.
Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam
menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab.
Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani
daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud :
"Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab
maka ia seperti berpuasa setahun, dan
barangsiapa berpuasa tujuh hari,
ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka),
dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari,
dibukakan baginya lapan pintu syurga,
dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari,
tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya,
dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari,
menyeru orang yang menyeru dari langit :
" Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu
maka mulakanlah amal",
dan barangsiapa menambah (hari puasa),
Allah menambahnya (kelebihan). ")

Dalam hadis yang lain telah dikeluarkan oleh al-Khallal,
daripada Abu Sa`id (secara marfu') bermaksud:
("Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan haram,
hari-hari di dalamnya ada tertulis di pintu-pintu langit yang keenam,
maka apabila seseorang berpuasa sehari daripadanya (bulan Rejab)
dan menyempurnakan puasanya dengan penuh ketaqwaan kepada Allah,
bercakaplah pintu dan hari tersebut seraya berkata:
"Tuhan ampunkan baginya (dosanya)" dan
jika dia tidak menyempurnakan puasanya dengan ketaqwaan kepada Allah,
maka pintu dan hari itu tidak akan memohonkan ampun baginya,
dan dikatakan padanya: "Kau telah ditipu oleh dirimu.")
Niat puasa bulan Rejab :
"Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala".
Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita
akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

Monday, June 22, 2009

auni 2 month and 5 days....19 june 09 @9.00pm



aku dh mula rasa seram sejuk mcm nk demam bile pulang dr keje...
mungkin berjangkit dr adam...adam demam mlm...
so..mlm tu aku pun bawa anak2 ku ke klinik panel mediviron...
memandangkan auni pun dah sepatutnyer dicheck for 2 month...
ni pun dh dikra lewat 5 hari.

bile dr arifah check..dia kate tekak aku bengkak..ada selsema n demam sikit
mungkin denggi...sekarang ni musim..n dia sefamily pun bru je kena denggi..
terperanjat aku..
last 2 years aku dh penah kena..risaunyer

then..turn auni plak...n this video-auni dicucuk di klinik mediviron...oleh husband doc arifah..
very nice husband n wife...

mcm2 gak tips dia bg..
n for me..lg 2 hari kalo demam xbaik kena amik darah.....

auni and adam after one whole day...





ini lah wajah auni tatkala aku mengambilnye pulang dari rumah pengasuh..
wat masa ni adam n auni xsama pengasuh sebab...
adam dah terbiasa dijaga oleh nenek kat area umah aku..
n auni plak dah xmampu lagi nak dijaga oleh pengasuh Adam..
ending nye...mereka terpaksa di separatekan untuk 8jam...
sian mereka mcm org g kerja plak...





sekarang ni adam dah laju mengayuh basikal...
ayah terpaksa berjogging kalo g amik adam dari umah pengasuh...

Thursday, June 18, 2009

auni dah botak



setelah semua tetamu pulang, ayah pun mengambil tempat mencukur selebihnya rambut auni...



alhamdulillah..auni diam sepanjang upacara itu..
hehe..berani gak ayah n opahnyah cukurkan rambut auni..
ibu takut..so, tukang snap foto jer..



lama gak..naik bosan auni..kejap baring kejap meniarap...
emm....ikutkan jelah...



ayah ngn opahnyah bergilir-gilir mencukur..
kejap guna gunting kejap guna pisau..



and inilah hasilnye....
auni dah botak...comel tak?????



lepas dicukur, ibu mandikan auni n auni pun tido ngn lenanya petang tu...
lebih kurang jam 645 ptg kami gerak pulang ke Kl..
risau jalan jem....

majlis kesyukuran dan cukur jambul aUni syauQina





ahad..7 may 2009 lebih kurang jam 10 pagi, selamatlah berlangsungnya majlis kesyukuran, naik buaian n cukur jambul auni syauqina..
alhamdulillah...semuanyer berjalan ngn lancar..
and ada gak buaian yg dihiasi indah oleh opah2 auni....



ini first time auni dapat naik buaian..lena sungguh auni....



ibu n adam tukang hayun auni sementara kumpulan marhaban menyanyikan lagu-lagu yg sedap didengar...



opah n atuk lah yg bertungkus lumus sepanjang majlis berlangsung dari jam 10pagi hingga ke 6 petang..thnks a lot opah ...
menu hari itu adalah...nasi putih with udang masak sambal,ayam goreng berempah, nanas masak lemak ikan masin, ulam-ulaman dicecah with sambal air asam and
pencuci mulutnye water melon....



and inilah paksu auni yg rajin...semua pksu yg tolongg...
mengemas, mencuci,mengangkat khemah n macam2 lah...



xlupe gak..ahli kuarga wanda.....tokmat,pak long wan, pak ngah nanai, lang bi n maksu ya...
banyak menyumbangkan tenaga mereka melicinkan perjalanan majlis....





xlupe gak opah nyah n pak unggal syah....



setelah selesai naik buaian, mereka pun mulalah mencukur rambut auni...
ni opah auni yg cukur...sepanjang majlis auni tido jer...



sepanjang majlis cukur jambul, ayah yang mendukung auni mengelilingi kumpulan marhaban...



ibu plak tukang bawak peralatan untuk mencukur jambul....



ini onyang auni...opah kepada ayah...



and abang auni tukang layan tetamu yg hadir....



inilah kawan baik abg adam masa kat taska prima damansara...damia...



dee and aim pun turut hadir memeriahkan majlis..
zafri n qaira dah beso skg ni....
handsome n comel keduanya...

Friday, June 12, 2009

Et and family di Kuala Kangsar



semasa kami pulang ke kuala, et n family datang holiday kat perak
so mereka singgah ke kuala..inilah
anak et yg first n second..
dina safiyah and arif mukriz with adam....



et xsempat nk ke rumah kami coz nak kejar masa nak booked hotel..so kami bawa mereka berjalan-jalan kat sayong sebab kat kuala terkenal ngn labu sayung..
so kalo xbeli, memang rugi...



ni lah et and anaknyer yg third... ARIFF gak ..
tapi aku lupe la ariff aper..hehe..
semuanyer cute n chinese look...



xsempat nak amik gambo abg lan..ni je yg sempat disnap mase dia nak g solat kat masjid ubudiah..



n tak ketinggalan abg adam...seronok tengok air pancut kat depan masjid tu...
et pun xsempat nak join majlis auni sebab nak gerak ke lumut early morning ahad...

Thursday, June 11, 2009

auni sebulan..di klinik Zalina, JB



mase ni tatkala auni genap sebulan..
aku malas nak g gomen..
sure punyer kena beratur amik giliran padahal bile dh cucuk jap jer..
so aku g lah kat klinik kat area umah aku..
mcm dulu gak, aku memang xberani nak pegang baby kalo nak kena suntik..
so..ayah la kena pegang..
sian auni...

30 May 2009...di Bangi



auni nak ucap bnyak2 terima kaseh kat semua uncle2 n aunty2
yg datang jenguk auni..
siap bawak present lagi..
baju yg auni pakai ni opah midah yg bagi mase opah turun ke JB
and kasut yg comel ni aunty ija, kwn seopis ibu yg bagi..



ini lah abg aqil..kwn abg adam saya...
hehe..geng auni lum ader lagi lah nampaknyer...



ini cik izan..mama aqil..
mama aqil ni pun nak jd photographer gak..
thnks for giving auni a present..
tp shoes tu lum leh pkai lg.....beso..
nnti auni dh muat auni pkai...



yang ni plak papa aqil...



yang ini mama iman dani ....cik ema..
iman tengah minum air teh..
iman ni suke minum air teh tau...



ini plak papa iman....with kakak dania insyirah..
rambut kakak ni cantik tau..



hehe..ini lah ibu auni..
still xkurus lagi...
sebab auni menyusu badan..so, ibu xleh rase lapo..
asik nak mamam jer...
xper..semua demi auni....

auni bersunat...23 May 2009

mase dah 4o hari aku berpantang..mak aku pun suh la mak bidan tok salmah menyunatkan auni...
mase tu aku plak yg pening n muntah2..
mcm la aku yg kena..sian auni..



tapi auni nangis jap jer..maintain ayu...





anak ibu ni mcm nak azan jer..
hehe...comel
mak aku kate..ikut petua org tua-tua pas bersunat kena mandi bunga...
wangi betul auni pas dimandikan dengan mcm2 jenis bunga...


so..auni kenalah mandi bunga..
mcm org nak kawin jer...



bathub baby auni..
hehee....penuh ngn bunga....

adam @ swimming POOL, taman University



setiap kali ayah balik time weekend, mesti ayah akan bawak adam gi jenjalan...
this week ayah bawak adam g swimming



adam ni kalo g swimming mesti xnak balik..