Sunday, July 26, 2009

lunch @ cik epah's new house

last week, after bawak adam g swimming..
cik epa call..ajak lunch kat umah dier...
so kami ke sana tgh hari tu n amik nuha skali kat puchong..
dh lame tak ziarah kak epa n family...
kak epa tgh sarat skg ni..tapi still lgi rajin masak nak ajak kami mkn....
ni anak cik epah...hafizzuddin umar
lebih tua setahun dari adam...
yg ke 2 namanya...salehuddin sufi
yang ke3...still dlm perut...


sibuk si umar masuk kan kepalanyer dlm beg adam yg busuk tu..
xpening ke...


mereka berkejaran di umah cik epah..maklumlah..umh baru n beso plak tu...

night @ putrajaya

last week, family aku dari JB datang stay kat umah aku sebab nak hantar adik aku yg bongsu masuk ke kolej komuniti..
ni lah rezeki dia kali ni..
xperlah..asalkan die nk study rajin-rajin pun dh ok...
malam sabtu tu mereka sibuklah nak berjalan ke putrajaya..
so hubby aku pun bawak mereka bersiar-siar...

ni acik nana tgh melayan 2 org anak buah mereka yg baikkkkk sekali..
kejap gaduh kejap baikkk..
adam n habriyah...
cucu sulung boy ...
n cucu sulung girl....

mereke berdua ni suka berposing..
nak dpt snap gmbo pun susah..sebab kedua-duanye tak tau duk diam..
mcm ulat bulu....

adam n habriyah....
suka berjalan...
aku n mak xikut sekali coz...auni still baby..
nak lepak tgh mlm kat luar takut dia demam n selsema plak nnti...

tadi abang..ni gelagat adiknyer plak...

bersenam sambil gosok perut di batu..hahaha
cara terbaru untuk mengempiskan perut...

adik suka ketawa bile tengok ayah ketawa...

masing-masing posing ...
konon -konon ngah tido la ni ...
sian ibu..xdapat nak join..
kena amik gambo la plak....

adam tgah usaha nak cover adik dr serangan lanun..

abang adam kejar adik..
suka betul dapat berlari..
ini lah rutin weekend kami..
time xkeje kena spend masa with anak2...
sian dorang..dh la 5 ari kena duk umh org dari pagi ke petang....
xper..insyaALLAH..
mudah2an rezeki kita ada nanti....

adam beriadah di hujung minggu...

dah lame nak update entry yang ni..tapi asik xsempat jer...
hehe.maklumlah..busy woman..
mcm ni lah muka adam bile suh berlakon..
ada gaya tak?

eksen mamat ni bile berjogging...
konon-konon kan..dier ni kalo bab acting memang no. satu...

tengoklah..

konon-konon naik moto...
orang wat lain, dia wat lain...


berangan plak tu...

comel la abg long ni...
tapi bile ngamuk..habis..
hilang kehandsomeman nyer....

Friday, July 24, 2009

Auni di Poliklinik An-Nisa'



Auni kini dh 3 bulan...n semakin lasak..
masa check-up aritu, kami ke Poliklinik An-nisak kat Seksyen 7, Bndar Baru Bangi..
klinik Mediviron tutup plak ari ahad tu....
Auni skg dh 7.2 kg...
semngat....Dr. Irma pun geram...
Alhamdulillah..perkembangan auni normal....

adam went for Swimming

dah lame xdapat g swimming..
bile ayah offer je nak g swimming pagi tu, adam cepat2 bangun n bersiap..
dh sebulan gak la dier xdapat g.. sebab dier asik selsema jer.
pagi tu, kami terus bawak g swimming kat UKM..
tempat yg selalu die g ngn ayah..

masa sampai..xramai orang..


adam mandi ngn riangnyer...



ni first time, auni g ikut ke swimming pool..
ok jer dier..
alhamdulillah..xbuat perangai..



suka betul dier dapat tengok abang dier swim...
nanti turn adik plak yer...

Sunday, July 19, 2009

ushhhhh..busy...

sudah lame xdapat nak upload perkembangan terbaru adam ngn auni..
tensionnnn..
diari pun tak tertulis..busy nyer...
nape plak kali ni aku xleh nak manage time aku ni..
weekend pun aku busy...

Friday, July 10, 2009

dubai memory 2008

masa tiba di airport dubai..
first time jejak kan kaki di dubai...
lain dari apa yg aku impikan....
kenangan kat Cabin LCL di dubai..
sweet memory walaupun hanya 2 bulan jer..
tapi..memang tension stay kat sana without adam...
time ni Cik Maie kite tgh explain tentang JT Metro project....
ada beberapa yg dlm gambar tu dh xjoin LCL..
semuanye membawa diri...

Saturday, July 4, 2009

auni the movie..............

dah settle semua urusan di jusco, kami pun pulang...
sementara abang masukkn brg2 dlm boot,
sempatlah aku merakamkan aksi auni...
suka betul tengok dia pakai topi...
tapi..jgn pksa lah..nnti dia ngamuk..
masa ni mood dia ok skit..
siap posing lagi..ala-ala model baby gitu..

outing to JUSCO, cheras

last weekend, kami jalan-jalan kat Jusco cheras....
sekarang ni dh susah kalo nak berjalan...
lupe plak bawak troli lg masalah....

nak makan pun problem..
dh xboleh nak makan berdua-duan lagi..
kena gilir-gilir...
aku kena suap adam dulu, baru leh makan...

sementara tu, abang plak kena dukung auni..
kalo x, mengamuk dia...

bile auni dh penat didukung, barulah boleh lena di dalam seat nyer..

adam pun kena gak pksa duk dlm troli..
kalo x, mesti letih ayah kena kejar dia satu jusco..



dulu, kami berdua jer,
kemudian...
kami bertiga..ngn abg long adam ariff...

and tahun ni, kami berempat plak...
permata hatiku yg menghiburkan..
kadang2 menggeramkan...
syukur atas kurniaan ALLAH kepadaku..

ni plak, aksi auni bile dh tension...

13 june 2009..naik bas ke JB



dah lama kami xnaik bas express sejak adam dah beso ni..
last kami naik bas mase adam berusia setahun...
n buat julung kalinyer, auni merasa gak naik bas..



kami balik ari sabtu pagi dari seremban selepas dihantar oleh
paksu adam ke terminal 1...
auni ngn adam baik je bile dapat naik bas..
alhamdulillah..semuanye selamat n bus pun tak berapa penuh..



mase bus berhenti kat hentian kg bemban, adam pun g duk kat belakng ngn ayahnyer..
asik baring, bangun, duduk, diri...
mcm2 gelagat adam..
seronok betul dier dpt naik bas..

auni and aqil...



gambar ni diambil masa kandungan ibu 6bulan and mama EE mase tu 5bulan..
mereka stay kat umah kami sebab mama EE ada exam PTK kat area the mines.
diorang nak tdo kat hotel, tapi ibu xbenarkan.ibu ajak diorang lepak kat umah kami...
masa tu auni n aqil lum lahir lagi..



and after a few months,
inilah aqil anak kepada mama EE
mama EE ni bestfriend achik masa achik belajo kat politeknik dungun..
mama EE ni memang rapat ngn family ibu..
aqil lahir sebulan lewat dari auni...



akil stay ngn nenek dia kat keratong 9..
masa ibu bawak melawat aqil, abg adam xder..ikut opah balik kampung...
n auni..tdo jer..dh la tumpang mandi kat umah nenek aqil...
tokmak xbagi mandi awal2, nnti selsema...



akil lahir tanggal 16 mei 2009..hari guru..
agaknye dh beso nnti..aqil leh la jadi guru...



sepanjang berada kat umah mama EE, auni asik tido jer..
maklumlah..travel jauh sangat
kami bertolak ke muadzam kul 7pagi.. n sampai kat keratong 9, jam 10 pagi..
achik yg drive..ibu , auni n tokmak duk jer..
lagipun, mase tu ibu baru pas abis pantang....
after spend about 4hours kat situ, kami pun gerak ke KL ikut Bahau.
Ok gak jalan nye..
kami tiba KL jam 530 ptg

Thursday, July 2, 2009

Gangguan mental selepas bersalin

Pengenalan

Proses kehamilan dan kelahiran adalah salah satu fasa perubahan dalam kehidupan seorang wanita yang mana ia boleh mendatangkan ketidakseimbangan dalam diri wanita tersebut. Ia boleh dianggap sebagai satu proses kematangan diri, walaupun sesetengah wanita, mungkin menghadapi masalah. Penyakit mental selepas bersalin boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

* Gangguan emosi postpartum
* Kemurungan postpartum atau meroyan
* Psikosis postpartum, juga disebut meroyan

(Postpartum= waktu selepas bersalin)
Ganguan emosi postpartum

* Ia berlaku ke atas 25 - 85% wanita yang baru bersalin. Tanda-tanda penyakit ini timbul beberapa hari selepas bersalin dan ia memuncak pada hari kelima. Namun begitu, gangguan emosi ringan ini biasanya pulih dalam masa dua minggu.

Kemurungan postpartum

* Ianya berlaku di kalangan 10 - 20% wanita selepas bersalin. Gejala-gejala timbul dalam masa sebulan selepas bersalin. Pada kebiasaannya, penyakit ini sembuh dengan tersendiri dalam jangka masa tiga hingga enam bulan, tetapi bagi kes-kes yang berat ia mungkin berterusan sehingga dua tahun.

Psikosis postpartum

* Keadaan ini jarang dijumpai tetapi serius dan berlaku dalam setiap 500 - 1000 jumlah kelahiran. Gejala penyakit ini timbul dengan pantas dan biasanya timbul beberapa hari sehingga dua atau tiga minggu selepas bersalin. Walaupun begitu,risiko tetap tinggi selepas beberapa bulan kemudian.

Tanda-tanda dan gejala
Gangguan emosi postpartum

* Kemurungan yang ringan dan emosi yang berubah-ubah
* Mudah menangis
* Mudah melenting
* Gelisah
* Kurang penumpuan
* Kurang selera makan dan gangguan tidur

Kemurungan postpartum

* Perasaan murung
* Letih lesu dan tidak bermaya
* Suka memencilkan diri
* Kerap mengadu akan kurang sokongan sosial
* Salah faham akan kehendak bayi
* Kurang penumpuan dan daya ingatan

Psikosis postpartum

* Gangguan tidur dan perubahan selera makan
* Mudah resah
* Berfikir untuk membunuh diri dan melakukan pembunuhan
* Perasaan dan kelakuan yang pelik
* Gejala psikosis. Contoh seperti mendengar suara walaupun pada zahirnya tiada orang di sekeliling (halusinasi) atau kepercayaan yang tidak rasional (delusi)

Komplikasi
Bayi-bayi kepada ibu yang menghidapi penyakit mental selepas bersalin kelak berkemungkinan mempunyai masalah dalam emosi, tingkah laku dan pembelajaran. Di samping itu di kalangan kes-kes yang melampau, ibu yang mempunyai penyakit mental selepas bersalin ini boleh mencederakan bayi mereka.

Rawatan
Gangguan emosi ringan postpartum

* Pendidikan mengenai gangguan emosi ini amatlah penting. Ibu yang diganggu dengan masalah emosi ini memerlukan sokongan daripada ahli keluarga dan juga bantuan dalam mengurangkan punca tekanan psikologi. Ahli keluarga hendaklah membawa ibu untuk berjumpa dengan doktor sekiranya tanda-tanda penyakit didapati semakin teruk.

Kemurungan postpartum

* Pendidikan, memberi ketenangan dan sokongan terutamanya daripada ahli keluarga adalah amat digalakkan untuk membantu dalam proses pemulihan. Psikoterapi sokongan dan terapi kognitif didapati berkesan, di samping ubat-ubatan yang diberikan dalam kes-kes tertentu. Bagi kes-kes yang teruk, pesakit mungkin akan dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut dan dalam kes begini, perjumpaan antara ibu dan anak digalakkan.

Psikosis postpartum

* Kemasukan ke wad mungkin diperlukan. Ubat-ubatan diberikan untuk mengawal gejala-gejala. Dalam setengah kes-kes yang teruk terapi "elektrokonvulsif" mungkin diperlukan. Ahli keluarga pula perlu diberi penerangan mengenai penyakit ini.

Pencegahan
Pengesanan awal ke atas ibu yang berisiko untuk mendapat penyakit mental postpartum amatlah penting agar rawatan dapat dimulakan dengan secepat mungkin. Wanita yang dikategorikan sebagai mempunyai risiko yang tinggi termasuk mereka pernah mengalami penyakit mental postpartum, sejarah keluarga yang mempunyai penyakit mental, kehamilan yang tidak dirancang dan kepincangan rumah tangga. Sokongan emosi, rohani, fizikal dan sosial amatlah penting bagi ibu-ibu selepas bersalin sebagai satu aspek pencegahan penyakit mental selepas berkahwin.

Rehabilitation
Kemurungan postpartum
Psikosis postpartum

Rujukan
Postpartum Depression Fact Sheet: National Women's Health Information Centre.(www.4woman. gov)
American Association of Family Physicians (www.aafp.org)

Sumber : Bahagian Pendidikan Kesihatan