Friday, January 30, 2009

26 january 2008 berkelah di zoo taiping

hari isnin tu cadangnyer nak ke bukit merah tapi lastly tukar venue sebab mak mentua aku ajak jalan2 kat zoo taiping...so kami ke sana...
gerak dr umh pun dh tengah hari sebab pak mentua aku sibuk nk ajak makan kat depan tasek taiping tu....



kami ke sana pun dh nak delat kul 1petang ...
family makda n mak nya xikut coz dorang g penang...
lepas makan rase mcm xlarat plak nak jalan..lagipun hari semakin mendung..kami masuk zoo pun ramai orang...nak jalan xlarat kami naik train yg disediakan...



adam duduk ngn opah n atuk kat depan...ibu n ayah kat belakang jer..



as well...biler g zoo...adam mesti takut ngn binatang...
mcm ne la nk wat ngn adam ni...
tapi tak trill kali ni sebab naik train..
bnyk binatang xnampak dr dekat...train plak jalan jer....



acu dayah n paksu pali pun join kami ke zoo....



opah excited dukung adam sambil tunjuk binatang ngn adam.....



aku mcm biasalah..jumpe kerusi mesti duduk sat...



dah penat naik train..kami pun pulang lah..tapi aku xpulang ke umh mother in law..aku g menziarahi makcik aku kt ayer tawar..perjalanan agak jauh gak sejam setengah baru smpai..
about kul 7 mlm...kami gerak balik kuala kangsar sebab malam ni pksu nak wat BBQ plak...

Thursday, January 29, 2009

ulu kenas 25 january 2009

hari sabtu kami dibenarkan pulang awal jam 11am coz nak sambut tahun baru cina lah katakan ...so aku pun memang decide nak balik kampung..
but, cuaca yg panas xizinkan kami pulang awal.
kami gerak ke kuala lebih kurang jam 4 ptg.
selama 7 jam kami duduk dalam kereta untuk pulang ke kuala kangsar..
sungguh memenatkan aku..dh la tengah sarat mcm ni...jammed panjang giler..
tension aku..aku plak lapo...kedai makan jauh lagi...
nak lari dr jem, kami masuk exit sungkai tapi terperangkap jugak dlm jem.
Lagi teruk...then kuar balik masuk highway....kat bidor..pun sama gak jem...lastly...kami smpai kuala dh hampir tengah mlm..
adam pun xsedar diri dah..tido sampai pagi...







pagi tu....lepas breakfast, kami bawa adam mandi kat ulu kenas...
so kami g skali ngn anak2 makda....baru best ader hero2 yg nak layan adam mandi kat sungai..
air sgt sejuk..
adam sampai dh biru bibir pun xnak naik...



adam excited bile ayah asik main campak2 cousin2 dier dlm air...
xboleh la campak adam...kalo ikut dier..memang dier nak gak.....
adam kecik lagi..
kalo dorang campak adam, ibu yg menjerit nanti...



main pasir xper..ibu xkisah..so, dorang tanam la pak lang B dier...





tapi yg paling best sekali ialah....
kami balik dr ulu kenas jer..dapat makan durian..kat umh mak abg zaudi...
free lagi..fresh dr pokok..sedap giler..
aku pun sampai senak perut asik makan durian..
memang favourite aku plak buah durian..
tapi tempoyak aku xmakan..geli la...





balik je umah makmentua aku, aku kepenatan n tido smpai petang..
letih betul makan durian.....

mlm tu kami xkemana pun sebab perut aku sakit..maybe makan durian banyk sgt kot..angin la...
so, rncangan ayah nak ke karaoke kat sungai siput xmenjadi kenyataaan...
sebab die kena jg adam...hahaa...kesian abg...

Wednesday, January 28, 2009

tunggu...

nantikan kemunculan trip kami ke kuala kangsar..percutian yg memenatkan aku..hahaaha..mklumlah ngan berat badan aku yg mendadak naik ni..nak bawak badan sendiri pun xmampu...tapi kite tunggu ..............

Monday, January 19, 2009

bowling tournament 2009

ari sbtu lepas aku menemani abg main bowling..tapi kali ni xbawak adam..memandangkan ada org yg menjaganyer..hehehe..thanks to maknyah..
dier lepak kat umh maksu..so adam stay kat situ..
aku dh makin xdaya nak kejar adam ke hulu hilir..mklumlah dh sarat..tapi sian dier..selalunyer dier xpernah tinggl...
sorry adam...ayah kena join bowling...ibu xlarat nak handle...



ni la team bowling abang..wakil design department..team lelaki..hehehe..
bolehla depa main...xla teror sgt tapi ok la..dr ke longkang...

ni name kumpulan mereka...



boleh la abng main...dh lame xmain....tapi skill masih belum menonjol lagi..





dan tugas aku....hanyalah duduk memberikan sokongan moral dr belakang jer..hahaha...
maklumlah..nak main takut plak terberanak nnti...





tournament abis dlm kul 5 petang..sungguh meletihkan ..
aku terpksalah mungunggu sampai 3 game abis..sungguh bosan...
tapi team abng xmenang pun..just main suke2 jer...
after 5pm...kami rushing balik nak amik adam..sian dier...
dier xpernah kena tinggal....tapi this time kena gak...xpe, abg long adam dh boleh mengalah....
mlm tu..g blnja maknyah n maksu makan kat 'village view'.....

Thursday, January 15, 2009

Solat

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.


ZOHOR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.




Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat semoga dengan memahami bacaan akan membuat kita lebih khusuk dalam solat.

Wednesday, January 14, 2009

adam mengajar habriyah bermain ....




weekend lalu, masa my mom ader kat kl...adam memang excited nak tunjuk skill yg dier ader...
memang dier suka kalo dapat main kat luar..
actually ayah jer yg rajin layan adam kat luar..
ibu ni malas skit...hehee..
kalo nak main pun dlm umah jer..



mase ni..adam sedang mempraktikkan cara-cara nak menyusun bola boling..
tapi they all susun botol2 yg berlambak kat umh aku tu...
habriyah ikut ajer...heheha...

tengok ni mcm mane adam susun..



time ni..aby dh pas susun botol....



pas susun..boleh baling bola....



dah baling...masing2 berebut plak...





pas2 ayah bawak g pusing2 naik moto...
adam memang untung..ayah memang rajin...kalo pok da adam..
jgn haraplah aby dapat kuar main...kena duk dlm umh tengok tv jer..
sian aby...

Monday, January 12, 2009

boycott ISRAEL




Asalamu'alaikum Warahmatullah Wabarakatuhu,

I am hundreds of miles away and ask but one thing of you. I don't want your money all I ask is for your Dua for Us in Palestine and Lebanon and if you have never forwarded an email before, please help us by forwarding this One. I will make Dua for you and all those who forward this email and for all Of the Ummah Of our Beloved Prophet Muhammad (Sallallahu Alaihi Wa Aalihi Wassalam).





"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> >
(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)

Surah al fil:



Lipat gandakan doa ini. Kirim kepada 7 orang rakan anda yang lain..
Maka 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 = 823453 orang akan berbuat berdoa,
kemudian 823453 X 7 = 5.8 juta orang....InsyaAllah akan ikut berdoa...


Wasalam

Perkara yang YAHUDI suka.....

Assalamualaikum

DI INGATKAN SEMULA supaya tak lupa...Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....

1.. Song....

Lagu-lagu yang menghiburkan..jika ada anak-anak yang tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela....
Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa-depa.....
berjaya sudah Yahudi.... Hinggakita terfikir......bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ...Sex.....

Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana..di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah...kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex...
filem 18SX amat laris berbanding filem U... VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah... Adakah filem yang tiada adegan sex?Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah......

3. ...Smoke....

Rokok..menjadi kegilaan para remaja....sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau di gelar 'up to date'..Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari kabaret.....( aku tengok dari filem P Ramlee )....


4. .....Sport...

Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan...hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga... Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss.....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.....yang menonton pun tak sembahyang juga ......Kalau menonton dirumah.... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL......Yahudi gol lagi.......sampai ada ulamak kata...kerana sukan...sembahyang boleh tangguh...Mashaallah,..

5. .. Fun..

Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan....Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..termasuklah majalah mangga....yang menayangkan buah mangga artis perempuan.....Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...

Perempuan...tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan..terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta.... dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi.....apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?... kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya...Yahudi bersorak lagi......

7...Fashion....


Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam...sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat?Yang mewarnakan rambut lagi teruklah... Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan......Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung..bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...Kalau dah rambut diwarnakan.... sembahyang pun tak sah....malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis
air...itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...
Yahudi ketawa lagi....
Umat islam sudah jadi macam Yahudi.....

8.. .. Food...Makanan..

Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah MC D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina.... masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...
tapi makanan Barat menjadi kebanggaan...Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky ..rempahnya datang dari Amerika....siapa nak pergi check...halal ke tidak?Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah.....Yahudi makan Islam lagi... Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain entah macam-macam lagi.... aku cinta Malaysia .....tapi lebih cintakan ALLAH............ oleh itu, jika berlaku pertembungan antara
kepentingan manusia dengan kepentingan Allah......

DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh : Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar : Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran : Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah : Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam : Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah : Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah


1 minit untuk mengingat Allah

Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* SUBHANA'LLAH

* ALHAMDULI'LLAH

* LAA I LAAHA ILLA'LLAH

* ALLAHU AKBAR

* ASTAGHFIRU'LLAH

* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH

* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALASAYYIDINA

MUHAMMAD WA AALIHI

* WA SAHBIHI AJMA'EEN


Langkah 2:

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan


Langkah 3:


Hasil 1:

* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.


Hasil 2:

* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.


Hasil 3:

* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat

Tuesday, January 6, 2009

genting highland 29122008

salam maal hijrah..

awal tahun baru kami ke genting highland..'sebab' adik aku ni sibuk sgt nak belanja mak aku g jalan2 ngn gaji pertama yg dier dapat..walaupun bekerja sementara jer semasa tunggu sem UPSI dier mula...
die belanja kami sekuarga naik cabel car kat genting..and that's the first time actually aku tibe di Genting ...'TIMA KASIH PAK NJANG'...
ini lah dier adik aku yg sibuk sngat nak g genting highland...adik dayah ngan pak njang kaca...hehehe....

kami bertolak jam 930pagi n sampai kat area cabel car jam 1030pg...but quite crowded aritu sebab musim cuti agknyer..mula-mula sampai adam dh ngamuk...
terkejut tengok singa depan mata....abiyah pun sama naik..asik nangis jer..terkejut tengok clown....

ni mcm kat dalam aquaria...actually mural kat dinding jer....tapi sebab adam suka fish kami bergambar la sat....

kat cable car memang ramai orang n aku pun xberapa nak kuat memandangkan tengah masuk waktu sarat ni...beratur punyer lah pnjg..smpaikan aku pitam sebab lame sgt beratur..n terpaksa dibantu oleh security yg bertugas di situ untuk kuarkan aku dari queue tu..
alhamdulillah..rupenyer ada gak counter khas menunggu..apelah..
skit pun dorang xinform..sian kat warga emas n ibu mengandung kena beratur lama2...
tapi mase dh sampai turn nak naik cable car aku pun takut gak ...
takut jer terberanak dlm tu..maklumlah..tinggi.....

my mother in law n my mother pun seram sejuk....


tapi my son la..
adam ariff-memang teror n macho..sikit pun xnangis ...walaupun aku rasa dier takut..tapi dier tetap maintain macho .....cayuukk...anak ibu memang terorrr.....
habriyah jer..terjerit2 nangis...
aku terpaksa dukung n pegang dier...semua org mcm xterhandle ngan nangis dier...




but mase kami pergi cuaca terlalu sejuk n kami plak terlupa nak pkai sweater..masing2 kesejukan...dhla ujan..kabus pun tebal sgt..kami xmasuk pun theme park..sebab macam jerebu..n bahaya....
lepas jalan-jalan n pusing2 area GH kami g makan kat KFC...then kul 330ptg kami bergerak pulang...

Monday, January 5, 2009

PUASA HARI ASSYURA 10 MUHARRAM

Insyaallah hari rabu ni 7 Januari 2009 bersamaan 10 Muharram 1430 H merupakan Hari Assyura yang disunatkan berpuasa bagi Umat Islam.

PUASA HARI ASSYURA 10 MUHARRAM

Dalil tentang berpuasa pada hari ini ialah :

عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه .

(متفق عليه)

Maksudnya :

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah berpuasa pada hari Assyura dan baginda menyuruh orang supaya berpuasa.



Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. r.a :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : صوموا يوم عاشوراء ، وخالفوا فيه اليهود ، صوموا قبله يوما ، أو بعده يوما . وفي رواية : لئن بقيت إلى قابل لأصومن اليوم التاسع

Maksudnya :

Sabda Rasulullah s.a.w : Berpuasalah kamu pada hari ‘Asyura (10 Muharram), dan bezakan kamu dengan orang-orang yahudi (yang hanya berpuasa hari ke-10 Muharram sahaja), hendaklah kamu berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya.



Dan dalam riwayat lain : Dan sekiranya aku masih ada dikalangan kamu, nescaya aku akan berpuasa hari yang ke-9.


10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(9) Lemasnya Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.

Para ulama mengambil kesimpulan bahawa disunatkan berpuasa pada hari ‘asyura di dalam tiga kaedah :

1. Puasa pada tiga hari iaitu 9, 10 dan 11 Muharram.
2. Puasa pada hari ke 9 dan 10 Muharram
3. Puasa pada hari ke 10 sahaja.

Mudah-Mudahan kita diberi taufiq untuk mengamalkannya dan menyampaikannya kepada saudara-saudara Islam kita yang lain. Insyaallah.. .

P/s: Untuk keterangan lanjut mengenai Puasa sunat Assyura, sila rujuk file yang disertakan.

Friday, January 2, 2009

petua ....

Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

Ini ada satu petua dari ibu kepada kawan saya:

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan "Ya Latif"
ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba......

Thursday, January 1, 2009

sungai tekala trip















pagi ahad kami bersiap-siap nak g ke sungai untuk mandi-mandi.
asalnyer nak ke sungai congkak...but my friends did told me..air xbersih..
so kami ke sungai tekala jer..dekat la sikit...kami membawalah hidangan mee goreng, ayam goreng, keropok lekor, buah2an n minuman...

kami bertolak dlam kul 930 pagi n mandi di sana until 2.00pm jer...tapi my mom xjadi mandi coz ramai plak orang.
so...air pun xberapa nak bersih sngat..
ayah n adam jer mandi...habriyah plk takut sebab rupenyer die xpernah mandi sungai sebelum ni..
sian dier..si ayah polis..selalu busy jer..skg ni kat terengganu sibuk ngn pilihanraya n si mamanyer plak nurse...busy memanjang...
sian anak2...xmerasa lah berjalan di hujung minggu...

adam jugak yg beruntung...dapat ibu n ayah yg selalu spent mase ngn dier time weekend..ayah memang rajin jg anak..bab melayan anak..memang tanggungjjawab dier..
you're very lucky adam coz you're father is the most hardworking ayah....